Saturday, July 18, 2009

ulasan ringkas MAS vs MU




Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Manchester United (MU) pada 18 Julai 2009 di stadium Bukit Jalil sungguh hangat di penuhi dengan peminat-peminat. Tapi lebih dari 3 per 4 stadium dipenuhi dengan pakaian merah menyala berbanding bakinya berbaju biru menandakan penyokong setia pada skuad Malaysia. Di manakah maruah negara sendiri kalau semua yang datang dok menyorak memekik pada pasukan lawan? Kenapa kita tak pernah nak bagi peluang pada skuad negara kita, sehinggakan jurulatih sendiri dah mengangkat bendera putih sebelum skuad negara menjejak kaki ke dalam padang. Adakah ini satu contoh yang baik bagi jurulatih yang ditunjukkan kepada anak buahnya? Padahal perlawanan semalam antara permainan yang paling baik yang telah ditunjukkan skuad negara pada warga Malaysia.
.
Ada ura-ura yang mengatakan Malaysia akan dibelasah teruk oleh M U selepas Roonie menjaringkan gol pada minit ke 8,tambahan pula Nani menjaringkan gol cantik hasil hantaran Roonie pada minit ke 27 mengghairahkan peminat setia Red Devils.
.
Tetapi seakan-akan tidak percaya apabila Amri Yahaya menjaringkan gol cantik melemaskan Van Der Sar. Dan seterusnya gol penyamaan dari Amri Yahaya sekali lagi apabila kesilapan Foster menyebabkan beliau menggagau Amri yang telah meluru pantas ke arahnya.Minit ke 84 menyaksikan pemain baru MU, Owen menggegarkan gawang Malaysia buat kali pertamanya di musim ini bersama MU.
.
Cuba kita perhatikan skuad negara mampu menyamakan kedudukan ketika bermain dengan kelab yang paling digeruni di EPL. Apakah tindakan FAM & kerajaan selepas ini,tidakkah merasakan seakan-akan selama ini telah meng anak-tirikan pasukan bola sepak Malaysia?
.
Bila kita nak maju kalau asyik 'teringin' sahaja melihat skuad negara ke pentas FIFA,tapi tiada apa-apa perubahan dan tindakan di lakukan. Pemain-pemain juga perlu mengubah fikiran, tingkatkan permainan dan jangan diikut-ikut permainan kampung yang kita sering ketengahkan.Saya amat tertarik dengan persembahan dari negeri Kedah,pemain mudanya mantap dan bersemangat, taktik dan permainannya juga lain dari negeri-negeri lain yang sekadar "janji menang,main tak cantik pun tak apa lah" !! Cuba fikir apakah beza kita dan pemain-pemain di EPL atau sebagainya? Tapi mengapa kita tak boleh??
.
Buat penyokong dan peminat, kita memang kecewa dengan apa yang di tonjolkan skuad negara musim-musim lalu,tapi berilah peluang kepada generasi muda untuk mempamerkan permainan yang baik dan mantap, cuba fikir dan bayangkan, apakah pemain-pemain lawan ataupun selain dari warga Malaysia fikir dan rasa apabila kita sendiri tidak menyokong negara kita sendiri?
.
Berubahlah wahai =
1-Kerajaan
2-Persatuan Bola Sepak Malaysia
3-Pemain - pemain
4-Penyokong & peminat
.
Semoga skuad negara akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti di dalam arena bola sepak.
BABAI !!
-biar selamba asal tak dosa-

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)