Wednesday, April 11, 2012

Pelajar Malaysia di Aceh selamat


Temubual ringkas bersama timbalan Yang Di Pertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia - Cawangan Aceh, saudara Abdullah Hakimi  Zainal Abidin mengenai persiapan gegaran yang berlaku di Aceh petang semalam dan ini jawab beliau;
" Di sini kami telah di sediakan SOP (Standard Operating Procuder), kami sebelum ini ada buat program tentang seminar gempa, jadi segala penerangan dan penjelasan telah di beritahu ke kawasan mana yang harus kami pergi dan apa-apa saja keperluan apabila ada gempa yang terjadi, jadi kebanyakan pelajar sudah bersedia menghadapi bencana gempa di sini dan alhamdulillah, kebanyakkan pelajar mengikuti arahan."

Beliau juga menceritakan tentang kejadian gegaran yang berlaku dan tindakan persatuan bagi usaha memastikan keadaan pelajar Malaysia dalam keadaan selamat.

"Gempa di Aceh bermula pada jam 4.38 WIB (waktu Indonesia Barat) dengan kekuatan 8.9  magnitud. Kebanyakan pelajar sedang kuliah dan ada yang di rumah masing-masing. Jadi, apabila gempa berlaku yang kali ini sungguh kuat dan agak lama iaitu sekitar 3 minit menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan arahan untuk berkumpul di masjid UNSYIAH (Universiti Syiah Kuala). Sebahagian pelajar yang mempunyai kenderaan, mereka lari terus ke lapangan terbang Sultan Iskandar Muda banda Aceh manakala sebahagian yang lain terpaksa berada di kawasan perumahan pelajar Malaysia bagi memastikan keselamatan mahasiswi di sini terjamin oleh kerana kebanyakan mahasiswi tidak mempunyai kenderaan. Alhamdulillah, kesemuanya dapat berkumpul di masjid setelah hampir setengah jam berlaku gempa, gempa susulan berlaku pada jam 5.35 petang WIB sekuat 8.1 magnitud di tempat yang sama menyebabkan orang ramai kembali panik, ada yang menjerit dan mencari tempat perlindungan.
Kami pelajar Malaysia terpaksa menunggu di masjid sehingga menjelang maghrib. Selepas sejam setelah solat maghrib dan isyak, kami mendapat informasi yang amaran tsunami telah ditarik balik.
Namun, kami mengambil keputusan tidak membenarkan mahasiswa pulang kerana mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang lebih  jam 10,30 malam, barulah kami membenarkan pelajar kami pulang ada juga yang masih ingin berada di masjid bagi memastikan situasi benar-benar selamat."

Abdullah Hakimi juga memberitahu bahawa pihak kedutaan Malaysia juga banyak memberikan arahan bagi memastikan keselamatan pelajar Malaysia dalam keadaan baik dan selamat. Dan setakat malam tadi, tiada sebarang maklumat dari kerajaan Indonesia kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia - Cawangan Aceh kerana tiada kejadian thunami berlaku.



 Orang Ramai yang berkumpul di masjid.


 Suasana panik di Banda Aceh




Yang Di Pertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia - Cawangan Aceh
memberikan taklimat kepada siswa dan siswi tentang tindakan selanjutnya.


sumber gambar : Abdullah Hakimi

Tuesday, April 10, 2012

Pertabalan Agung ke-14


Hari ini 11 April 2012 bersamaan 19 JamadilAwal 1433
 berlangsungnya pertabalan 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung  yang ke-14

ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN 
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'
 DAULAT TUANKU!"





SEMBAH TAKZIM DARIPADA


Sunday, April 8, 2012

kembali lagi

wah.. sekarang aku sudah  kembali

 

kembali menulis 

kembali merintis

kembali dengan senyuman  

kembali dengan kecerian

kembali dengan inovasi

kembali dengan identiti

letakkan matlamat sebagai keutamaan 

jadikan karya sebagai jalan.