Wednesday, October 21, 2009

Harta dari Malaysia

detik 19-10-09,
kawan-kawan aku yang bercuti di Malaysia telah pulang ke Yaman.
Di samping itu,ade la buah-buah tangan untuk aku dari keluarga aku kan..
so..ni la dia...



kuih cornflake mak yang mesti ada di hari lebaran...
tp taun ni,mak bagi jugak..bestnye



Ni akak aku yang bagi..love U




Jersi Perak,JOMA



Jersi Chelsea musim ini dari Abang Cik..
tp fit sikit la..hehe




Baju kebangsaan aku dapat jugak.
aku punye sepesen macam dalam gambar
tp kengan panjang..hehe



korang yang baca blog aku ni, takde rasa nak bagi aku ape-ape ke di musim akan datang???hehe
untuk Mak,Abang,Akak dan Abang Cik...tak lupa juga Opahku..LOVE U All

Monday, October 12, 2009

Dah mula kelas !!!

.
Kelas dah mula..
itula tajuk post aku rini,bukan nak tulis pasal kelas ataupun masalah yang ada,
cuma nak kongsi dengan korang jadual untuk semester ini..
cekidaud !!!

Aqidah 1
Thaqofah Islamiah
Nahu & Sorof
Tafsir 1
Ahkam Muamalat
Bahasa Arab 2


Itulah serba sedikit cerita hari ini pasal subjek yang ada pada ketika ini..hahaha

Friday, October 9, 2009

masuk kelas


saat tetap berganda..
hari bersilih ganti..

sedar tak sedar
semakin hampir kita dengan mati..

Aku bukan nak sembang pasal mati ataupun kemanusiaan tapi relitinya kelas aku dah bukak pada hari ini !!!

Dr. Ali Asyi membuka bicara dengan lafaz Bismillah dan teruskan kalimah-kalimah yang menyemangatkan kitorang.Nasib baik harini pagi tadi belum ada kelas formal.kedatangan pun dia tak ambik lagi. Walau apa-apapun,aku kene berusaha lebih gigih dalam menjalani semester baru ini. Tahun 2 adalah tahun yang agak mencabar kredibiliti aku sebagai seorang pelajar.. so,ape nak buat kan,awal-awal tadi Dr. Ali Asyi dah suruh buat bahas..huhu

Tuesday, October 6, 2009

bakar bakar???..bestnye !!!

.
Dalam sedar tak sedar lebih setengah bulan kita berada dalam bulan Syawal...
so..nak pendekkan cerita,baru-baru ni..Farid aka Pengarah program utk BBQ sempena menyambut kedatangan kelas yang xlama lagi..hehehe..ni la gmbar2 yang ade...
xjemput ramai pun..sikit2 je..kecil kecilan..


antara tetamu yang hadir


ape yang sampe garu kepala tu??


khusu' berbincang nampak






ni la orang dapur...wat ape tu??


perati ayam dah masak ke belum ke??


ni la resepi utama selai nasi ayam...bestnye



cerita pasal rendangku...nanti-nanti la ye..sori la bro..xde mase sgt la..haha

Thursday, October 1, 2009

selamat hari raya ayah bonda

Kadang-kala kita rasa hari raya adalah utk bersuka ria, berpakaian baru, duit raya, kuih muih, rumah terbuka dan pelbagai lagi keinginan supaya hari raya menjadi serba indah.Namun pernahkah kita terfikir pengorbanan ibu dan bapa keatas kegembiraan kita??? Bersyukurlah padaNya kerana kita dikurniakan ibu bapa yang sanggup melayan kerenah kita sejak kecil tambah tambah di saat-saat hari lebaran dan seterusnya kemahuan diri kita.Lagu ini mengembalikan nostalgia kita ke zaman kecil.Bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah dan ibu..berbaktilah pada mereka.
Hujan feat Raihan
Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
Terkenang di ketika itu
ku dimanja dan disayang selalu
apa saja kemahuan diri
akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
kau kan cuba tuk membahagiakan
demi anak-anak yang tersayang
kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
tidak mungkin kan terbalas budi
pengorbanan mu tiada ternilai
hanya tuhan kan membalasnya
Salam aidilfitri
ayah bonda yang dicintai
maafkanlah anakmu ini
kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
baju baru kan disediakan
walau mungkin kami tak mengerti
keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
oh sucinya kasih sayang itu
di bibir mu kan menguntum senyum
andainya anak-anakmu bahagia
Salam aidilfitri
ayah bonda yang dicintai
maafkanlah anakmu ini
kerna belum cukup berbakti
di aidilfitri, di adilfitri