Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya mengaum matang~

Perasaan bangga sebagai anak Malaysia membuak-buak di hati ini pabila skuad Harimau Malaya mulakan hayunan kaki melangkah tangkas dalam permainan yang cerdik pada 26/12/2010 lepas.

Peristiwa itu membuatkan aku sekali lagi tidak mahu melepaskan siaran langsung perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, 29/12/2010 walaupun aku tetap berpijak di bumi Yaman ni.

Aku secara peribadi mengucapkan tahniah kepada anak buah asuhan K.Rajagopal kerana dapat mengekalkan fokus dan matlamat perlawanan semalam. Walau kecundang di Gelora Bung Karno,namun ia bukanlah bahan penyekat untuk pasukan Malaysia memiliki piala secara langsung merangkul gelaran juara piala Suzuki.

cayalah korang..best giler..saluut~


fuhh..berbelit lidah aku bila korang baca entri atas tadi kan...saja nak uji kemantapan tatabahasa aku..ahaha xpela tu,yang penting aku nak ucapkan tahniah pada pemain, jurulatih, team skuad dan para penyokong Harimau Malaya...superb beb !!!

Bukit Jalil pentas pertama dorang ni tarik hati aku, mau tak giler tengok skuad kebangsaan main standart liga inggeris..aku bagi 95% kat diorang dan memerlukan 5% aje lagi nak setanding dgn kelab inggeris..korang setuju tak?

aku mmg teringin giler nak tabek kat hero malaya yang aku rasa layak diberikan pada dorang nih:

1- Khairul Fahmi Che Mat (22)
2- Mohd Safee Mohd Sali (10)
3- Nurshahrul Idlan Talaha (9)

Monday, December 6, 2010

LEIA - black

Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana


Malam ini ku hadiahkan
Sebutir bintang pengganti kata-kata
Dengarlah janjiku padamu
Sang rembulan menemani
Sementara menanti waktu bersama
Sabarlah masanya kan tiba

Seringkali ku terbayangkan mu
Dalam mimpiku kau tersenyum
Sedihnya rasa pabila ku bangun
Dari nyenyak tidurku
Masih ku keseorangan
Kerna ku di sini
Dan kau pula jauh di sana


Hari demi hari ku nanti
Tiba malam hari
Kan ku pejam mata
Lihat kau tertawa
Dalam mimpi kita berdua
Terbang di angkasa
Hidup kita sempurna akhirnya

Saturday, December 4, 2010

lama sudah~

wah..lama sgt dah rase tak update citer2 baru kat sini..
last post pun lagu kat bawah ni..hari raya lepas..

ade plak ase nak teruskan berblogging kembali..hehe
mudah mudahan la..hehe

apeape pun..tunggu kan kemunculan aku nnti ye..
daa dear =)

Tuesday, September 21, 2010

layan lagu raya ~

Berlalu sudah bulan puasa
Masa untuk bersuka-ria
Oh yeah
Raikan hari raya

Kawan-kawan semuanya happy
Kekasih pulang dari oversea
Oh yeah
Samalah kita nanti

Mungkin dahulu terasa sepi
Hanya keluarga yang menemani
Tapi sekarang tidak lagi

Raya kali ini mungkin berbeza
Kerna ku ada dia
Nyalakan pelita cinta di hari raya
Hati seperti bunga api bersama dia
Oh indahnya
Ku jatuh cinta di hari raya

Cinta di hari raya
Cinta di hari raya

Semangat kita nak bangun pagi
Pakai cantik-cantik hari ini
Oh yeah
Nak jumpa somebody
Rumahku dihiasi indah
Senyum sehingga hujung telinga
Oh yeah
Tunggu kekasih hati

Syawal kali ini ku tak sabar
Hati terasa berdebar-debar
Oh yeah
Diri sudah berpunya

Cinta di hari raya

yuna
raya oh yeah

Sunday, April 18, 2010

mohon ihsan..bukan kewangan..BACALAH sekejap

.
salam..aku just copy paste post yg aku bace hari ni..kawan2 harap leh tolong sebarkan dlm blog & emel kamu..si ibu hanya meminta doa daripada kamu semua untuk anaknya..bukan kewangan...


MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM
Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan
dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed
Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang
40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana
tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa
anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana
kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada
darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa
yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya
rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama
seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan
anak
mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan
anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan
yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin
dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang
mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi
belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang
dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air
liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman
pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor
sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak
bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana
dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana
kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang
menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna
tiub, tak tahu menelan...kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin
dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir,
begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini
adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana
Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian
dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak
saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah.
Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar
anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada
otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya
Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda
rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana
dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat,
pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini
saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian
amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah
maha mendengar doa dari hambaNya.


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.


2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi
1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.


3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta
hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
( ataupun semasa sujud yg terakhir,-sebelum salam- mohonlah doa padaNya..)



Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,
man
dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU
nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan
jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula
nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula
ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan
jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher
dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan
dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU
kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

(Embedded image moved to file: pic00335.jpg)


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah
atas ujian yang diberikan. Saya redha.


Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari
kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar
seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang
baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa
yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.




Saturday, April 10, 2010

penah tak korang rasa.....???

pernah tak korang rase:-

suka:
bila korang dapat sesuatu..daripada seseorang yang korang tak jangka yg dia boleh bg sesuatu tu kat kita..contohnya,artis ke raja saudi ke atau sesiapa sahaja ?

kecewa:
pernah tak korang suka pada seseorang,dan seseorang tu bagi respon kat korang,tp mende tu sebenarnya adalah bayang-bayang..hanya harapan dan terus harapan tanpa jawapan.

gembira:
ada tak bila korang tengah sedih dan berduka lara,ada teman yg mahu mendengar luahan hati kita..mesti kita gembirakan
sedih:
korang mesti ade perasaan sedihkan,tp korang penah tak rase korang dimarahi oleh seseorang kerana mengingatinya..contohnya,korang berjalan dan berjumpe dengan kawan lama,korang tegor dia dan dia marah plak sebb korang tegor dy..haha pelik kan???

bahagia:
bahagianya kita jika masih ada org sayangkan kita kan...

terkilan:
sesuatu yg pernah dikatakan pada anda,tp dia sendiri yg menafikannya..contoh, "man,ko baik la" 1 hari,man berkata pada kawannya secara melawak "ey,aku nk buat jahat kat ko boleh??" "ko memang,bila masa nye ko ada baik dengan aku"...

Tuesday, March 23, 2010

kehidupan adalah realiti

.
Meski Hati Tak Rela
Bila Dunia Tak Lagi Untukku
Sampai Waktunya Aku Sendiri
Hidup Yang Ku Tak Pasti
.
Langkah Ku Terhenti
Tak Mampu Berlari
Saat Tangan Yang Digenggam
Engkau Lepaskan
.
Aku Bernafas Tanpa Udara
Tangisku Tiada Air Mata
Oh Kerana Semuanya Berlalu Menghilang
Dan Tak Akan Kembali
.
Ku Cuba Menutup Mataku
Bila Ku Lelah Untuk Hidup
Namun Semuanya Berubah Di Saat
Engkau Hadir
.
Kau Yang Anggun
Kau Yang Telah Membuat Aku Kembali
Ke Jasadku Yang Telah Mati
Dan Kau Sinarku Cahaya Yang Terang
Tuk Perjalanan Yang Lurus Di Dunia
Sementara Mengejar Masa Itu Pasti
Buat Aku
Dan Bersyukurku AdaNya
.
= Bau - Anggun

Friday, March 12, 2010

tahniah in soff

TAHNIAH !!!
itu y mampu aku ucapkan
kerana usaha
untuk kemajuan
demi agama
mengikut resolusi terkini
dalam peredaran zaman
TAHNIAH !!!
kalian mempertahankan adat
dengan garis panduan
mengangkat seni
menjadi tarbiah
TAHNIAH !!!
IN SOFF
menjadi perantaraan bangsa
kalimah Agung dilaungkan
info : klik sini

Thursday, March 11, 2010

1 hari tiada d rumah

asalamualaikum semua....nak cerita sikit ni...
ni la...baru2 ni, kitorang g rehlah ke Darul Hajar.
kitorang telahpun pergi dengan gembira hatinyee...
tp...
bila sampai kat Darul Hajar, pintu utama untuk masuk naik ke atas terlalu mahal...
jadi, kami pun terus balik n buat plan B...hehehe
iaitu,kami pegi ke zoo untuk besantai n makan tengahari kat sane.
pastu,di sebabkan masa masih memberi peluang untuk kami terus bersiar-siar..
kami pun pegi nadi (tmpat mandi)..kat situ kitorang mandi kat swimming pool, mandi wap n sauna..
selepas magrib,kitorang pun balik n kat rumah sunainah dah menanti untuk ktorang sambung projek bakar-membakar...
bila dah siap...
sekali lagi kotorang pegi sauna y bedekatan dengan rumah sunainah plak...
huuuu letih nye rase keesokan pagi tu..
rase nak tido seminggu je....hehe
so...diz is some of pic....enjoi it k...

dapat 1 gmbar je aku upload???
sori ok...ni dah settle semua...makan time!!




ni plak dekat nadi...best ow


ni kat zoo....
macam-macam adaa...










dalam kesenangan...masih ade yang kekurangan..
(seekor kambing yang tumbuh kaki d belakang kepalanya)

- ini di Wadi Dahr -





kat sini ktorang dapat usha pemandangan yang menakjubkan..
dpt jge usha Darul Hajar dari atas ni...







kekecohan di kaunter tiket...hehehe



ok....nanti kalau ade masa kita jumpe lagi...babaiiiii

Wednesday, February 24, 2010

climbing ???

"Bersama kepayahan ada kesenangan". Begitulah kata-kata Allah di dalam kitab sucinya. Sejurus dengan itu, dalam keadaan cuti yang membosankan di bumi Yaman ini, kami menyeru kehandak nafsu demi iman untuk memanjat bukit di belakang kawasan perumahan yang berhadapan Universiti Al-Iman. Di sini kami melihat keindahan ciptaan Allah dan nikmat yang diberikanNya pada manusia iaitu akal dan fikiran untuk menggubah kota Sanaa ini, di sinilah jua kami dapat melihat dengan jelas kota ini dari pandangan burung. SubhanaAllah...






Dengan limpah dan kurnia Mu ya Allah....alhamdulillah.

Wednesday, February 17, 2010

bg idea sikit !! pleezz


asalamualaikum....
hai geng...lama gua tak update blog ni kan..
sekarang ni gua dah cuti..sampai 6/3/2009.

so...memang gua blur tak ingat la ape gua nak buat time cuti ni..
melancong ke?? tidur kat rumah ke?? main futsal tiap-tiap hari ke??

cuba korang bagi idea sikit kat gua...supaya gua dapat hidayah...
(walaupun dah ada..huhu)

k la...gua cekikdaud dulu...daa~

Saturday, January 30, 2010

JUMAAT !!!

.
Salam sahabat,
.
27-11-2009 Jumaat - Hari Raya Aidil Adha
18-12-2009 Jumaat - Tahun Baru Hijrah 1431M
25-12-2009 Jumaat - Sambutan Krismas
01-01-2010 Jumaat - Tahun Baru Masihi
01-01-2010 Jumaat - Gerhana Bulan
15-01-2010 Jumaat - Gerhana Matahari
26-02-2010 Jumaat - Sambutan Maulud NABI SAW
02-04-2010 Jumaat - Matinya Yesus Kristus
28-06-2010 Jumaat - Hari Wesak
27-08-2010 Jumaat - Nuzul Al-Quran
10-09-2010 Jumaat - Hari Raya Aidil Fitri
05-11-2010 Jumaat - Sambutan Depavali
.
Kepada semua kenalanku..
.
Sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari kiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT..
Sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT..

Saturday, January 16, 2010

ishtihar jihat !!!

SANAA - Sekelompok ulama terkenal Yaman memperingatkan bahawa mereka akan menyerukan jihad jika Amerika Serikat mengirimkan tenteranya untuk memerangi Al-Qaeda di Yaman, Kamis (14/1).

Kelompok ini berisi 15 ulama termasuk salah seorang diantaranya yang sangat berpengaruh di Yaman, Sheik Abdul-Majid al-Zindani, yang di cop AS sebagai mentor Usamah bin Laden.

Para ulama tersebut memperingatkan dengan sangat keras kepada otoritas Yaman, mereka harus menghentikan operasinya melawan Al-Qaeda yang bekerjasama dengan AS di negeri tersebut.

"Jika sebuah negeri Muslim mendapat serangan militer, pemuda Muslim berkewajiban untuk melakukan jihad dan memerangi para agresor tersebut," ujar Abdul Majid dalams sebuah statemen.

Presiden negara penjajah AS, Barack Obama telah mengatakan bahawa dirinya tidak berencana mengirimkan tentera ke Yaman, walaupun Washington meningkatkan bantuan "counter-terorism" dan pelatih untuk tentera Yaman untuk memerangi Al-Qaeda Jazirah Arab.

Para ulama ini juga mengatakan mereka meyakini pertemuan anrtarabangsa yang akan diadakan di London pada 27 Januari mendatang dilakukan untuk membicarakan cara melakukan pendudukan di negeri-negeri Arab oleh tentara asing. Pertemuan itu akan didatangi oleh AS dan negara-negara Eropah.

Kelompok yang menamakan dirinya Asosiasi Ulama Yaman yang dipimpin oleh al-zindani diyakini AS terkait dengan jaringan Al-Qaeda.

Otoritas munafik Yaman pada Kamis (14/1) meningkatkan operasi militernya di sejumlah daerah di ibukota, San'A untuk melakukan pencarian anggota Al-Qaeda yang mereka yakini melarikan diri dari provinsi Shabwa.

Menteri Dalam Negeri memperingatkan penduduk Yaman untuk tidak memberikan perlindungan kepada mereka.

sumber - Arrahmah.com

Friday, January 1, 2010

salam 2010

assalamualaikum
salam tahun baru pada semua..
kita dah melangkah masuk ke tahun 2010.
jadi,apakah perancangan kita bagi memastikan setiap detik di tahun 2010 ini diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan memberikan manfaat?

cuba kita muhasabah diri untuk tahun 2009.
apakah yang telah kita sumbangkan untuk
agama,bangsa dan negara?
atau dari skop yang lebih kecil
iaitu dari segi kehidupan kita sendiri dan kekeluargaan.

inilah peluan kita untuk memperbaiki setiap kelemahan diri.
setiap kita tidak sempurna namun begitu kita mampu untuk melakukan yang terbaik.
sebagai insan,kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tapi sebenarnya kesilapan dan kesalahan itu bagus dan baik demi untuk mematangkan diri kita.
Kerana sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling bagus.

Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa kecil hati dan sangat mengharap redho tuhan ketika mana saya bernafas di bumi yan fana lagi semntara ini, mengajak sahabat-sahabat untuk menisi masa dengan kelakuan yang memberi kita manfaat.

so...kata-kata akhir daiku insan yang lemah...
"biar selamba asalkan tak dosa"....hihi