Wednesday, July 8, 2009

GEMBIRA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pengunjung blog ini..semoga anda dalam keadaan selamba dan tidak berdosa..
.
.
Aku kembali menulis setelah beberapa hari di dalam keadaan sibuk dan rasa tidak tenteram menyulubungi diri.
.
.
GEMBIRA adalah salah satu sifat manusia yang di kurniakan oleh Allah SWT yang kita patut bersyukur atas nikmatNya itu.Semua orang pernah dan ingin merasa gembira,samada di dunia mahupun di akhirat.
.
.
Aku berSYUKUR kepada Tuhan pencipta alam kerana memberikan rasa gembira di hatiku beberapa hari yang lalu dengan nikmat dan nikmat yang kurasai,ianya adalah :
.
.
= 1 =
Sahabat-sahabatku dari Malaysia tiba dengan selamatnya ke bumi barakah Republik Yaman ini. Walaupun aku mendapat berita kurang tepat yang mengatakan mereka akan mendarat di bumi Yaman pada 5 Julai jam 10 malam,tetapi sebenarnya mereka tiba pada pukul 4 pagi pada 6 Julai. Tunggu saja laa….
.
.
= 2 =
Di samping ketibaan sahabat-sahabatku ke sini,laptop aku juga bersama mereka.Ini bermakna aku juga menunggu ketibaan laptopku. Sebagai sorang yang baru memiliki laptop,aku kurang mahir menggunakannya dan banyak benda yang aku perlu belajar tetapi aku yakin,alah bisa tegal biasa. hahaha seronoknya….yahoooo.

Presario QH35 menjadi pilihan.
.

.
= 3 =
Terdengar dari beberapa orang rakan bahawa keputusan peperiksaan akhir telahpun keluar sejak 4 Julai 2009,tapi,ada juga madah yang masih belum keluar,jadi aku tangguhkan niatku untuk melihat keputusan pada hari itu,aku mengambil tarikh 7 Julai sebagai tarikh keramat untuk ku lihat dengan mata sendiri apakah nasibku pada semester ini? Terkejut beruk bila tengok semua madah aku lulus sekali lagi macam semester lepas,aku sangka madah Nahu aku sangkut,tapi alhamdulillah….aku akur dengan keputusan kali ni,68.25 tidaklah sebaik semester lepas namun aku berjanji agar aku akan berusaha pada semester akan datang.Doakan ya!!
.
.
.
.
.
.
Akhir kalam dari mamat selamba ni….huhu
Gembirakan diri anda,ceria dan riangkan hati anda kerana mr. Is,no enemies !!! huhu


No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)