Monday, September 28, 2009

seminggu berhari raya

"seminggu berhari raya ,
kunjung mengungjung rumah terbuka,
jalinkan kasih sesama kita
lupakan saja sengketa lama"


akan aku ceritakan apakan y terjadi ketika seminggu berhari raya...nak tau x??


raya pertama : rumah terbuka PERMAYA


raya ke 2 : kerumah Awi

raya ke 3 n ke 4 : open house rumah sendirik..heheh

raya ke 5 : rumah Duta

raya ke 6: rumah Fadhli (pali padil)

raya ke 7 : kat rumah je ...


ni la dia gambar-gambar yang cm best tu...


ni dengan Maya..

ni la juadah di rumah Awi


ni tengah lepak santai kt umah Awi ni

inilah dia tuan duta kita..macho x???


bergambar kenangan di rumah en.Hamdan


syahdu beb di pagi raya..

ni la juadah raya ke 7...nak sikit???

so..ni la sahaja gambar yang aku dpt letakkan
d sebabkan line y banyak sgt masalah ni..
so...aku xleh lama...

ok la...raya taun depan kat Malaysia la pulak
insyaAllah.....

Sunday, September 13, 2009

kejadian 11 sept

.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mengunjung blog ini.
.
Dalam sedar tak sedar kita telahpun melewati tarikh 11 September 2009, ini bermakna telah 8 tahun berlalunya peristiwa keruntuhan W.T.C . Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui perkara sebenar tentang kejadian tersebut, hanya mendapat berita dari television semata-mata tanpa mengkaji dengan lebih lanjut sebab runtuhnya banggunan kebanggaan itu.
.
Ramai di antara kita juga masih terpinga-pinga tanpa kata apabila dikatakan ‘Islam adalah penganas’ apabila peristiwa 11/9 ini terjadi. Persoalannya,adakah umat Islam yang melakukannya??? Kita menjawab ‘tidak’. Tetapi mereka ada bukti yang mengatakan Usamah bin Ladin (Osama Laden) menandatangani sekeping surat pada video yang mereka war-warkan. Kita tersentak lalu terdiam sekali lagi. Apa jawapan kita???
.
Dengan ini saya ingin berkongsi maklumat dengan sesiapa yang masih belum mengetahui tentang kewujudan DVD Loose Change Second Edition ( LC2E ) yang dikeluarkan pada tahun 2005 daripada seorang remaja yang usianya pada ketika itubarulah 21 tahun yang bernama Dylan Avery. Dia dan rakan-rakannya yang telah bertungkus-lumus mengkaji dan terus mengkaji selama 3 tahun sehingga ia dapat menerbitkan DVD ini untuk membuka minda seluruh warga dunia dan khususnya Amerika.
.
Sedikit mengenai DVD ini:
- Ia bukanlah menceritakan punca-punca kejadian ini tetapi ia telah membongkar rahsia bagaimana palsunya tuduhan Presiden Amerika terhadap umat Islam.
- Susunan perancangan untuk merobohkan banggunan ini juga dapat dikenal pasti apabila hujah-hujah yang dikeluarkan Dylan amat logik.
- Hujah-hujah yang diberikan juga disertakan bukti-bukti yang pasti akan menarik minat sesiapa yang melihatnya.
- DVD ini juga membentangkan kajian tentang Pentegon yang diserang.
.
Sedikit komen mengenainya:
“ This is the best damn 9-11 documentary out there.“
- Dave VonKliest, Producer of ‘In Plane Site’
.
“ If you don’t win an award for this, there is something seriously wrong.”
- William Lewis, Director of ‘In Plane Site’
.
“ Bravo. I was able to watch the DVD over the weeken and found it to be superb. I give it three thumb up!”
- Jeff Rense. ( http://www.rense.com/ )
.
“ I’ve seen alot of 9-11 film. There’s a lot I don’t carry because they have disinfo in them. But Loose Change just puts out the questions and has alot of powerful evidence. The power of it is incredible.”
- Alex Jones. ( http://www.prisonplanet.com/ )
.
.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya Hairul Zairi bin Baharim bukanlah salah seorang dari pengedar DVD ini dan hebahan ini tidaklah mendatangkan apa-apa keuntung buat saya. Semoga anda semua terhibur dan mendapat maklumat daripada DVD ini.
Macam mana nak cari DVD ni??? Korang piker la sendiri…hahaha
.
Jangan lupa tonton
LOOSE CHANGE 2ND EDITION

Wednesday, September 9, 2009

hari ini

waaahhhh
best nye hari ni
korang perasan tak???
09-09-09
hari keramat kan.
Di samping itu,
hari ni juga penutup pertengahan bulan Ramadhan.
so,bacalah 2 perbualan ini
semoga kita sentiasa dalam kesyukuran pada Tuhan
1- si ibu bertanya kepada suaminya yang kaya..
" kat mana la kita nak bagi anak-anak kita berbuka hari ni.."
2- si ibu bertanya kepada suaminya yang miskin..
"apa la kita nak bagi anak-anak kita berbuka hari ni.."
Renung-renungkan dan semoga kita semua dalam rahmat Allah taala.
ameen

Saturday, September 5, 2009

maghfirah Ramadhan








Salam Ramadhan
kepada pengungjung blog ni..
amik la poster ni sebagai kenangan k..
bersempena pertengahan bulan mulia ini
marilah kita meminta 'maghfirah' (keampunan) kpd y Maha Esa


sedikit latar belakang:
-masjid ini adalah masjid tercantik dan terbesar di Sanaa, Yemen.
-ia masjid perdana menteri Yemen ini..
-ia terletak berdekatan dengan Haddah.
-masjid ini sempurna dibina pada tahun lepas..