Monday, July 27, 2009

Penutup BPI

.
26 Julai telah menyaksikan beberapa perubahan bagi watak yang sedia ada pada sebahagian pelajar lepasan MTQ di bumi Yaman ini.Apa yang aku cuba sampaikan adalah PERMAYA telah membuat acara penutup Bulan Persada Ilmi (BPI) di dewan Jamiah Ulum dan acara yang terakhir adalah nasyid, jadi..... ramai di antara kami menyertainya..haha (buleh nyanyi ke aku ni???)
.
antara yang berubah adalah=
-aku sendiri yang tak pernah masuk nasyid tetiba di pilih sebagai pemain perkusi,haha byak kantoi.
-Safwan selalunya jadi suara 3,tapi dia solo sorg je beb..
-Amer mula-mula mcm biasa je dia main perkusi tp last2 solo jgk..haha
-Taufik pun mcm Amer jgk..tak nak repeat dah ah
-Awi yg suara sedap tu tak nyanyi pulak tapi,main perkusi..hehe kantoi jgk dia..
-Fitri pun mcm Awi..cuma dia main takde la salah..haha

ni la kump yg menang semalam (ekceli,xde la sedap mane..huhu)


.
.
aleh-aleh kump aku jgk dapat no.2 secara keseluruhan walaupun nasyid xmenang..huhu

kusyuk sgt Aman bukak hadiah tu,gelojoh semacam jer..

gambar aku takde sebab semua dalam kamera PERMAYA..malas nak mintak..

k,apa-apa hal,biar selamba asal tak dosa k...

Saturday, July 25, 2009

primadona


.
Apa perasaan aku malam ni? Setelah mendengar beberapa berita dari Faizal dari pagi hingga ke tengahari dapat berita-berita yang mendukacitakan… Jadi aku selami hati aku dan aku luahkan pada semua melalui lirik yang aku letakkan disini.
.
Primadona-The times
.
Cantik parasmu bagai primadona
Baik budimu oh luar biasa
Terbang selalu wahai primadona
Ilusi warnamu kau sungguh berbeza
Terserah padamu
Teguhkah imanku ?
Terpulang padamu
Malam bulan tanpa bintang
Beribu sepi tak berteman
Merenung jauh di hariku
Asyiknya oh pelangimu

Friday, July 24, 2009

happy birthday

.
Detik 12 tgh malam,bermulalah detik 0.00 pagi di dlm tarikh 25 Julai 2009.
Ini menunjukkan yang diriku telah genap 20 tahun dlm kiraan masihi.huhu
so,happy birthday to me !!! (tak malu kan..huhu)

ini pic from abang !!
tanks and love u so much !!



Monday, July 20, 2009

takziah & makian kpd RAJAGOPAL

.
Hari ni aku tengok skuad negara yang bermain mati-matian yang memang macam nak mati bila main dengan Red Devils, inilah skuad Rajagopal yang dia banggakan. Inilah kata kata aku yang akan menyemangatkan pemain-pemain Malaysia.
.
Kebodohan Rajagopal menyerlah apabila dia meletakkan skuad utama negara bermain sekali lagi menentang MU,apa guna ada pemain muda kalau nak simpan sampai tua?? Sepatutnya kena bagi la ‘harimau muda’ semoga dia pengalaman takde la simpan sampai tua tapi main macam budak-budak lagi.
.
Kemalasan pemain-pemain yang bajet macho di atas padang,dok jaga rambut tak habis-habis, orang suruh main bola tapi dia dok main baring-baring atas padang. Lepas tu dok angkat tangan sebab dia bajet dia Cristiano Ronaldo (cR). Lari malas nak kejar bola,jauh beza pemainan MU dengan Malaysia. Budak-budak kat Yaman ni pun terer lagi.
.
Aku tak setuju langsung bila skuad muda main dengan orang-orang tua,bajet pengalaman lebih boleh di tonjolkan kepada anak-anak muda. Kepala hotak dia !!
.
Korang ni tau dok meyokong memekik bila tengok EPL main,tapi sekor pon taknak ambil ilmu dan skill permainan di atas padang, dok sokong MU, Chelsea, Liverpool, Arsenal tapi korang main 0.01% pun takda.
.
Indraputra Mahyudin = wei tolong la blah dari skuad negara,main malas harap muka je macam Zidane tapi main,kucing aku main bebola benang lagi pandai la weii. Dapat bola kerja nak bawak solo ko lain kali suruh coach bagi ko je main sorang-sorang.ok?
.
Zaquan Adha = mamat bajet muka hensem tengah padang.Bodoh la baik ko jadi pelakon la senang,asyik nak berlakon je atas padang. Main malas,nak tunggu bola sampe kat kaki baik tak payah,lain kali ko pergi la main bowling sebab dah confirm-confirm bola tu ko yang pegang. Bajet cR. puih !!!!
.
Amri Yahyah = mula-mula aku tengok ko main ok la sebab ko laju,tapi masalahnya takkan ko nak tunggu Foster keluar sampai ke tengah padang. Mentang-mentang dah skor gantung Van Der Sar ini pun ko nak tunggu peluang mcm tu jgk? Abang….cari peluang la bukan tunggu peluang !!!
.
Apalah nasib jadi rakyat Malaysia yang pemain-pemainnya taknak berubah utk kebaikan. Baru-baru ni aku defend korang ingatkan korg nak buat yang lebih baik,tapi hampeh. Aku ckp terus terang la budak-budak Yaman ni umur 7,8,9 tahun dah terer gila dah main bola, ini Yaman bang, takde nama pun kat pentas dunia tapi dah terer,pandai main bukak. Malaysia bila lagi ???
Harapan aku semoga budak-budak soccer kid tak di campurkan dengan abang senior sekarang ni,bila campur,bagai nila menitik di susu…confirm !!
.
Aku taktau la nak cakap apa lagi kat Malaysia negaraku tercinta ni, satu lagi cadangan aku, asingkan pemain-pemain bawah 19 tahun dan buat Malaysia tour pulak, bagi dorg lawan dengan Brazil, England, kelab-kelab inggeris dan semua negara di alam ini. Bagi pengalaman sikit bermain sebagai internasional player, ini macam katak di bawah tempurung je aku tengok. Kalau korg ingat lagi,Malaysia pernah kalah menentang Perak dlm perlawanan persahabatan.Betul tak?? Apa ni ???
.
Aku respek jgk pemain-pemain muda dalam skuad negara sebab berjaya menghasilkan serangan di babak-babak akhir walaupun tak menhasilkan gol. Ini adalah cara terbaik utk kita mengasah pemain-pemain muda ni.tapi takpa,ini dah salah Rajagopal yang gila tu bagi semua pemain tua bangka main di awal permainan.Bajet boleh skor dulu… “hei macha apa la lu punya taktikal ni saya tara paham la, mau menang ka?? Lu juga awal-awal lagi sudah mengaku kalah sebelum Malaysia main sama MU haritu, lepas skuad negara bikin gol, lu sudah puas ati ??? perlawanan kedua lu piker lu boleh kasi menang ka?? sama Zimbabwe boleh la.. apa bodoh punya perancangan la macha.”
.
Farizal = ko main memang cantik,agresif dan bersemangat tapi nak buat macam mana pertahanan main kejar ayam. Ko pandai bagi striker bola yang cantik dan pandai baca bola..salut sama lu.tapi striker pulak yang tolong pass bola tu kat milo belakang..
.
Beberapa pemain muda Malaysia ( Bunyamin,Khayril Muhaimeen,Muslim,Thiru,Sabre mat Abu, ada la 2 3 orang lagi aku lupa nama) = korang aku tengok boleh tahan la, tapi kene kuatkan lagi pengawalan bola dan hantaran tepat pada sasaran.
.
Kalau ada sapa-sapa tak puas hati dengan penyampaian aku, boleh komen terus.. Aku harap sangat Rajagopal tak puas hati dengan aku..tapi dia tak boleh nak bace blog aku ni..haha
.
Apa lagi nak cakap sini ?? pikir je la sendiri wahai Rajagopal dan anak-anak buah telornya!!!

Saturday, July 18, 2009

ulasan ringkas MAS vs MU




Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Manchester United (MU) pada 18 Julai 2009 di stadium Bukit Jalil sungguh hangat di penuhi dengan peminat-peminat. Tapi lebih dari 3 per 4 stadium dipenuhi dengan pakaian merah menyala berbanding bakinya berbaju biru menandakan penyokong setia pada skuad Malaysia. Di manakah maruah negara sendiri kalau semua yang datang dok menyorak memekik pada pasukan lawan? Kenapa kita tak pernah nak bagi peluang pada skuad negara kita, sehinggakan jurulatih sendiri dah mengangkat bendera putih sebelum skuad negara menjejak kaki ke dalam padang. Adakah ini satu contoh yang baik bagi jurulatih yang ditunjukkan kepada anak buahnya? Padahal perlawanan semalam antara permainan yang paling baik yang telah ditunjukkan skuad negara pada warga Malaysia.
.
Ada ura-ura yang mengatakan Malaysia akan dibelasah teruk oleh M U selepas Roonie menjaringkan gol pada minit ke 8,tambahan pula Nani menjaringkan gol cantik hasil hantaran Roonie pada minit ke 27 mengghairahkan peminat setia Red Devils.
.
Tetapi seakan-akan tidak percaya apabila Amri Yahaya menjaringkan gol cantik melemaskan Van Der Sar. Dan seterusnya gol penyamaan dari Amri Yahaya sekali lagi apabila kesilapan Foster menyebabkan beliau menggagau Amri yang telah meluru pantas ke arahnya.Minit ke 84 menyaksikan pemain baru MU, Owen menggegarkan gawang Malaysia buat kali pertamanya di musim ini bersama MU.
.
Cuba kita perhatikan skuad negara mampu menyamakan kedudukan ketika bermain dengan kelab yang paling digeruni di EPL. Apakah tindakan FAM & kerajaan selepas ini,tidakkah merasakan seakan-akan selama ini telah meng anak-tirikan pasukan bola sepak Malaysia?
.
Bila kita nak maju kalau asyik 'teringin' sahaja melihat skuad negara ke pentas FIFA,tapi tiada apa-apa perubahan dan tindakan di lakukan. Pemain-pemain juga perlu mengubah fikiran, tingkatkan permainan dan jangan diikut-ikut permainan kampung yang kita sering ketengahkan.Saya amat tertarik dengan persembahan dari negeri Kedah,pemain mudanya mantap dan bersemangat, taktik dan permainannya juga lain dari negeri-negeri lain yang sekadar "janji menang,main tak cantik pun tak apa lah" !! Cuba fikir apakah beza kita dan pemain-pemain di EPL atau sebagainya? Tapi mengapa kita tak boleh??
.
Buat penyokong dan peminat, kita memang kecewa dengan apa yang di tonjolkan skuad negara musim-musim lalu,tapi berilah peluang kepada generasi muda untuk mempamerkan permainan yang baik dan mantap, cuba fikir dan bayangkan, apakah pemain-pemain lawan ataupun selain dari warga Malaysia fikir dan rasa apabila kita sendiri tidak menyokong negara kita sendiri?
.
Berubahlah wahai =
1-Kerajaan
2-Persatuan Bola Sepak Malaysia
3-Pemain - pemain
4-Penyokong & peminat
.
Semoga skuad negara akan terus maju dan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti di dalam arena bola sepak.
BABAI !!
-biar selamba asal tak dosa-

Friday, July 17, 2009

apa itu 'khumir' ???

Info hari ini adalah mengenai sejenis makanan yang popular di negara Yaman ini. Pergi lah di mana jua negeri-negeri di Yaman ini mesti anda akan menemui sejenis makanan pagi yang di namakan ‘khumir’.
.
Sebagaimana di Malaysia,kita mempunyai makanan tersendiri di waktu pagi seperti roti canai,capatti,tosei,nasi lemak,kuih muih dan banyak lagi juadah makanan yang tersedia untuk dijamah ketika fajar mula menyingsing.
.
Khumir juga adalah salah satu juadah sarapan pagi yang begitu popular di Yaman ini.Tetapi,Yaman bukanlah satu Negara makanan seperti Malaysia dan makanannya juga kurang pilihan sebagaimana Malaysia.Diorang ni selamba je asalkan ada makanan.hihi
.
Nama Khumir yg berasal dari huruf 'kha','mim' dan 'ra' bukanlah bermaksud arak,akan tetapi ia diambil dari nama 'khumaira' (tepung).
.
Khumir adalah hasil campuran tepung,air,susu,gula,garam,minyak dan sedikit habbatul saudak (bijian hitam) ,macam buat roti canai kan?? Ianya digaul dan diuli bagaikan membuat roti canai akan tetapi ia tidak memerlukan canaian .Ia hanya di gelek menggunakan alat penguli dan terus digoreng.Tunggu beberapa minit dan sedia untuk dimakan.Senang !!! kan kan kan
.



khumir satu.....siap !!!

khumir yg telah siap menunggu penjamahnya..haha
.
.
Nampak macam sedap kan?? memang sedap pun,kalau nak rasa...selamba la korang buat sendiri kat rumah eh !

Wednesday, July 8, 2009

terima kasih

Terima kasih syukranthank you - toche - (sori la bahasa india aku xtau)
.
Sebab aku dapat award lagi,
Daripada dia lagi,
harap bagi la lagi,
orang lain bila lagi ???




sedap tak pantun ‘lagi’ aku… nak lagi???huhuhu

GEMBIRA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pengunjung blog ini..semoga anda dalam keadaan selamba dan tidak berdosa..
.
.
Aku kembali menulis setelah beberapa hari di dalam keadaan sibuk dan rasa tidak tenteram menyulubungi diri.
.
.
GEMBIRA adalah salah satu sifat manusia yang di kurniakan oleh Allah SWT yang kita patut bersyukur atas nikmatNya itu.Semua orang pernah dan ingin merasa gembira,samada di dunia mahupun di akhirat.
.
.
Aku berSYUKUR kepada Tuhan pencipta alam kerana memberikan rasa gembira di hatiku beberapa hari yang lalu dengan nikmat dan nikmat yang kurasai,ianya adalah :
.
.
= 1 =
Sahabat-sahabatku dari Malaysia tiba dengan selamatnya ke bumi barakah Republik Yaman ini. Walaupun aku mendapat berita kurang tepat yang mengatakan mereka akan mendarat di bumi Yaman pada 5 Julai jam 10 malam,tetapi sebenarnya mereka tiba pada pukul 4 pagi pada 6 Julai. Tunggu saja laa….
.
.
= 2 =
Di samping ketibaan sahabat-sahabatku ke sini,laptop aku juga bersama mereka.Ini bermakna aku juga menunggu ketibaan laptopku. Sebagai sorang yang baru memiliki laptop,aku kurang mahir menggunakannya dan banyak benda yang aku perlu belajar tetapi aku yakin,alah bisa tegal biasa. hahaha seronoknya….yahoooo.

Presario QH35 menjadi pilihan.
.

.
= 3 =
Terdengar dari beberapa orang rakan bahawa keputusan peperiksaan akhir telahpun keluar sejak 4 Julai 2009,tapi,ada juga madah yang masih belum keluar,jadi aku tangguhkan niatku untuk melihat keputusan pada hari itu,aku mengambil tarikh 7 Julai sebagai tarikh keramat untuk ku lihat dengan mata sendiri apakah nasibku pada semester ini? Terkejut beruk bila tengok semua madah aku lulus sekali lagi macam semester lepas,aku sangka madah Nahu aku sangkut,tapi alhamdulillah….aku akur dengan keputusan kali ni,68.25 tidaklah sebaik semester lepas namun aku berjanji agar aku akan berusaha pada semester akan datang.Doakan ya!!
.
.
.
.
.
.
Akhir kalam dari mamat selamba ni….huhu
Gembirakan diri anda,ceria dan riangkan hati anda kerana mr. Is,no enemies !!! huhu


Saturday, July 4, 2009

Apa ada dgn 4 julai

Hari ini 4 Julai 2009.
ada sikit info yang nak di kongsikan
ini bermakna aku sudah setahun di bumi Yaman,
Terima kasih kepada sesiapa yg mengingati.hehe
Aku bertolak dari Malaysia pd 3 Julai 2008.
Menjejakkan kaki ke bumi Yaman pd tarikh 4 Julai..
jadinye,aku dah setahun kat sini..yea yea
Teringat masa mula2 nak datang dulu,
cuak giler rase hati,
buleh ke aku study kat sini,
bahasa pun secotek je,mcm mne..hmmm
byk citer best masa mula2 dtg..
tp aku nak cite mende ni dulu..haha
nak tau 1 kisah x?? syuuu !!!
sebelum aku bertolak..sempat lagi aku bgayut..huhu
lama jgk,dr tgh malam sampai pukul 4 pagi..baru tido..
padahal sepatutnya pagi2 nak kena gerak KLIA..
xpe,dia punya pasal..hehe
hmm xtau pulak aku dia menangis malam tu,
ptut la suara dy manja len macam je..
aku xrasa la ape2 masa aku mnyembang ng dia
cuma aku rasa la..mcm dy 'something' je..
aku ni bukan la kayo sgt,aku selamba je guna kedit mak aku..
tp buat super saver la..
dua kali aku call dy..xpasti nape..lupa dah..
masa 1st..aku mmg la banyak myembang ng dy..
tp masa lepas tuh,xde la byk myembang..
just.................tah..................
kata nak letak..tp dy xbg..
hmm xtau nape..
abes la cerita pd malam berangkat.
Di KLIA,
aku sempat juga call dy buat kali terakhir..
aku pakai hp kakak aku,sbb hp aku dah xde bateri..
(tu la,semalam xnak cas..huhu)
mmg tetiba plak dtg idea utk kene kan dy..
mmg menjadi la.hahaha
xpasal2 nama sedara aku masuk..(Nurul Asyikin)
mgkin nama dy senang keluar kot..haha
mcm mne aku pekene??? bak kata Siti
"biarlah rahsia"....
hmmmm itu la serba sedikit kenangan kalau aku nk igt balik wktu dtg sini
sekarang ni..xde ape pun...just fren and fren...
so...itu la..adat dunia !!
malas lg nk citer..ade la skit2 gambar aku kat airport..
selamba la korg usha eh !!

Pengetua Maahad Tahfiz,Ust Sofian (baju biru)

Ape ust Tadri (kemeja) usha tuh??
"maaaap !!!"

Esok 5 Julai,budak2 dari sekolah aku dulu plak nak datang,so kene amik la dorg..
sebb mase kitorg sampai dulu..perghh ramai giler org turun...
tima kasih la ye brother2 sekalian !!! huhuhu
walaupun flight delay dkat 5 jam..
kata pukulk 5 ptg,tp naik kul 9.45mlm..ape daa
tp dorg selamba je tggu kitorg wlaupun dah dekat subuh...
yela,dgr kata budak perak 1st time datang by group..
taun ni...kitorang je la kot amik bdk2 baru ni..
ok la...lain kali cerita lagi k...
-biar selamba asal x dosa-


Thursday, July 2, 2009

Kepulangan sahabat-sahabat ke Malaysia

Pada tanggal 29 Jun 2009 bersamaan hari Ahad jam 5.00 petang.Aku menemani sahabat-sahabatku yang ingin pulang ke Malaysia di lapangan terbang antarabangsa Yaman.

Keadaan agak sibuk di lapangan terbang kerana pada hari itu secara kebetulan ramai untuk pulang ke negara masing-masing termasuk Cina dan Bangladesh.

Sahabat-sahabatku yang pulang ke Malaysia menaiki kapal terbang Qataria,penerbangan bermula jam 8.00 malam dan di jangka sampai di Doha pada jam 10.00 malam,mereka menginap di Doha selama 15 jam. Penerbangan diteruskan pula ke Malaysia,aku dimaklumkan oleh Raja Zulfadhli bahawasa mereka telah tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Alhamdulillah aku hulurkan tanda syukur akan keselamatan sahabat-sahabatku.
Moga mereka dapat kembali meneruskan pengajian mereka dengan tenang,ceria dan selamat.

Mereka yang telah pulang : Faizal,Raja,Akmal,Firdaus,Khairi,Jais.



Sape yg balik sebenarnya ni?? Cuba teka??
Hmm..kalau fikir2...mcm semua je nak balik..

Faizal diapit Amer dan Muhaimin


Pelukan erat Akmal (kemeja putih) kpd Taufik.
Semoga pelukan Akmal akn dapt dirasai lagi

Kiri kanan yg mcm nak balik..
padahal Raja sorg je nak balik
dlm gambar ni..huhu
*Kepada Alex..sori la sebab tak ada gambar kau sorang-sorang..hehe




Wednesday, July 1, 2009

Award

Ini satu award yang dianugerahkan kepada saya.
Wah..terharunya kepada si pemberi award ini.
She is Noor Diyana Atiqah.
Thank very much ya.
Terima kasih daun keladi,
Lain kali bagi lagi !!!
Sebenarnya,ada peraturan untuk saya letakkan award ni dalam blog ni...tapi,malas lah...
Boleh kan si pemberi??