Wednesday, December 17, 2014

[Tugasan Media Baru] Kemajuan Internet Dalam Pembangunan Masyarakat

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu bidang yang penting yang harus dikuasai dan diharungi agar kita tidak ketinggalan terutama dalam mencapai Wawasan 2020 yang salah satu daripadanya iaitu cabaran keenam untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ini juga berkaitrapat dengan cabaran  mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Ini selari dengan perkembangan ICT terkini yang semuanya dipengaruhi oleh konsep K-iaitu Knowledge yang memberi fokus baru kepada maklumat, teknologi dan pembelajaran di dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang ekonomi :K-Economy, bidang pembangunan modal insan :K-Workers dan dalam bidang pengurusan :K-Management.

Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.
Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.

Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.
Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.

Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya.


Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia.



Sumber : 
Portal Rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah 
Web Flashkit Academy

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)