Wednesday, December 17, 2014

[Tugaan Media Baru] Kebaikan Dalam Masyarakat menggunakan Media Baru

Teknologi di era globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan sistem  sosial.

Antara kebaikan media baru ialah dapat memudahkan komunikasi antarasatu sama lain. Seseorang pelajar mampu untuk berhubung dengan rakan pelajarnya yang lain dengan mudah melalui media baru. Sebagai contoh, e-mel, Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Nimbuzz, Fring, Skype, Gravity dan sebagainya. Ia  merupakan antara perkhidmatan internet yang boleh diguna pakai dengan meluas. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet.

Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri Dato’Seri Najib pun mempunyai Facebook dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook.

Penggunaan Facebook juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara. Selain itu juga, kita perlu bijak dalam menggunakan teknologi media baru ini dalam pembahagian masa agar ianya tidak merugikan kita. Terutamanya kepada para pelajar dan penuntut di Universiti. Sebagai seorang yang berpelajaran, kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.


No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)