Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya mengaum matang~

Perasaan bangga sebagai anak Malaysia membuak-buak di hati ini pabila skuad Harimau Malaya mulakan hayunan kaki melangkah tangkas dalam permainan yang cerdik pada 26/12/2010 lepas.

Peristiwa itu membuatkan aku sekali lagi tidak mahu melepaskan siaran langsung perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, 29/12/2010 walaupun aku tetap berpijak di bumi Yaman ni.

Aku secara peribadi mengucapkan tahniah kepada anak buah asuhan K.Rajagopal kerana dapat mengekalkan fokus dan matlamat perlawanan semalam. Walau kecundang di Gelora Bung Karno,namun ia bukanlah bahan penyekat untuk pasukan Malaysia memiliki piala secara langsung merangkul gelaran juara piala Suzuki.

cayalah korang..best giler..saluut~


fuhh..berbelit lidah aku bila korang baca entri atas tadi kan...saja nak uji kemantapan tatabahasa aku..ahaha xpela tu,yang penting aku nak ucapkan tahniah pada pemain, jurulatih, team skuad dan para penyokong Harimau Malaya...superb beb !!!

Bukit Jalil pentas pertama dorang ni tarik hati aku, mau tak giler tengok skuad kebangsaan main standart liga inggeris..aku bagi 95% kat diorang dan memerlukan 5% aje lagi nak setanding dgn kelab inggeris..korang setuju tak?

aku mmg teringin giler nak tabek kat hero malaya yang aku rasa layak diberikan pada dorang nih:

1- Khairul Fahmi Che Mat (22)
2- Mohd Safee Mohd Sali (10)
3- Nurshahrul Idlan Talaha (9)

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)