Thursday, October 1, 2009

selamat hari raya ayah bonda

Kadang-kala kita rasa hari raya adalah utk bersuka ria, berpakaian baru, duit raya, kuih muih, rumah terbuka dan pelbagai lagi keinginan supaya hari raya menjadi serba indah.Namun pernahkah kita terfikir pengorbanan ibu dan bapa keatas kegembiraan kita??? Bersyukurlah padaNya kerana kita dikurniakan ibu bapa yang sanggup melayan kerenah kita sejak kecil tambah tambah di saat-saat hari lebaran dan seterusnya kemahuan diri kita.Lagu ini mengembalikan nostalgia kita ke zaman kecil.Bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah dan ibu..berbaktilah pada mereka.
Hujan feat Raihan
Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
Terkenang di ketika itu
ku dimanja dan disayang selalu
apa saja kemahuan diri
akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
kau kan cuba tuk membahagiakan
demi anak-anak yang tersayang
kau berdua kan berkorban
Tetapi baru ku sedari
tidak mungkin kan terbalas budi
pengorbanan mu tiada ternilai
hanya tuhan kan membalasnya
Salam aidilfitri
ayah bonda yang dicintai
maafkanlah anakmu ini
kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
baju baru kan disediakan
walau mungkin kami tak mengerti
keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
oh sucinya kasih sayang itu
di bibir mu kan menguntum senyum
andainya anak-anakmu bahagia
Salam aidilfitri
ayah bonda yang dicintai
maafkanlah anakmu ini
kerna belum cukup berbakti
di aidilfitri, di adilfitri

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)