Sunday, September 13, 2009

kejadian 11 sept

.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang mengunjung blog ini.
.
Dalam sedar tak sedar kita telahpun melewati tarikh 11 September 2009, ini bermakna telah 8 tahun berlalunya peristiwa keruntuhan W.T.C . Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui perkara sebenar tentang kejadian tersebut, hanya mendapat berita dari television semata-mata tanpa mengkaji dengan lebih lanjut sebab runtuhnya banggunan kebanggaan itu.
.
Ramai di antara kita juga masih terpinga-pinga tanpa kata apabila dikatakan ‘Islam adalah penganas’ apabila peristiwa 11/9 ini terjadi. Persoalannya,adakah umat Islam yang melakukannya??? Kita menjawab ‘tidak’. Tetapi mereka ada bukti yang mengatakan Usamah bin Ladin (Osama Laden) menandatangani sekeping surat pada video yang mereka war-warkan. Kita tersentak lalu terdiam sekali lagi. Apa jawapan kita???
.
Dengan ini saya ingin berkongsi maklumat dengan sesiapa yang masih belum mengetahui tentang kewujudan DVD Loose Change Second Edition ( LC2E ) yang dikeluarkan pada tahun 2005 daripada seorang remaja yang usianya pada ketika itubarulah 21 tahun yang bernama Dylan Avery. Dia dan rakan-rakannya yang telah bertungkus-lumus mengkaji dan terus mengkaji selama 3 tahun sehingga ia dapat menerbitkan DVD ini untuk membuka minda seluruh warga dunia dan khususnya Amerika.
.
Sedikit mengenai DVD ini:
- Ia bukanlah menceritakan punca-punca kejadian ini tetapi ia telah membongkar rahsia bagaimana palsunya tuduhan Presiden Amerika terhadap umat Islam.
- Susunan perancangan untuk merobohkan banggunan ini juga dapat dikenal pasti apabila hujah-hujah yang dikeluarkan Dylan amat logik.
- Hujah-hujah yang diberikan juga disertakan bukti-bukti yang pasti akan menarik minat sesiapa yang melihatnya.
- DVD ini juga membentangkan kajian tentang Pentegon yang diserang.
.
Sedikit komen mengenainya:
“ This is the best damn 9-11 documentary out there.“
- Dave VonKliest, Producer of ‘In Plane Site’
.
“ If you don’t win an award for this, there is something seriously wrong.”
- William Lewis, Director of ‘In Plane Site’
.
“ Bravo. I was able to watch the DVD over the weeken and found it to be superb. I give it three thumb up!”
- Jeff Rense. ( http://www.rense.com/ )
.
“ I’ve seen alot of 9-11 film. There’s a lot I don’t carry because they have disinfo in them. But Loose Change just puts out the questions and has alot of powerful evidence. The power of it is incredible.”
- Alex Jones. ( http://www.prisonplanet.com/ )
.
.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya Hairul Zairi bin Baharim bukanlah salah seorang dari pengedar DVD ini dan hebahan ini tidaklah mendatangkan apa-apa keuntung buat saya. Semoga anda semua terhibur dan mendapat maklumat daripada DVD ini.
Macam mana nak cari DVD ni??? Korang piker la sendiri…hahaha
.
Jangan lupa tonton
LOOSE CHANGE 2ND EDITION

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)