Friday, June 12, 2009

nak exam pun mcm-mcm lg !!

Alahai..
Banyaknya peristiwa-peristiwa yg berlaku time-time nak periksa ni. Lagi seminggu nak periksa,lagi macam-macam benda jadi. Apa ni??

6 Jun 09
Hari ni Sham melangsungkan perkahwinannya bersama orang tercinta iaitu Yasmin, seorang anak pensyarah di bumi Yaman ini.Majlis dia memang meriah gila. Antara acara yg di buat :

1-Pantun
2-Pencak silat
3-Nasyid
4-Kanopi arab (ni yg best pun,tak pernah masuk,biasa la)

Ramai jugak yg datan,walau apa-apa pun,
SELAMAT PENGANTIN BARU !!!

7 Jun 09
Semasa perjalanan pulang dari Jamiah,aku dan Raja mendapat berita dari Zubair tentang kematian salah seorang warga Malaysia di bumi Yaman ini. Beliau adalah Allahyarham Ismail b Abd Rahman,seorang engineer Malaysia yang bertugas di syarikat SAFER (petroleom).
Mudah-mudahan Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yg soleh. Ameen

9 & 10 Jun 09.
Hari ini di adakan majlis tahlih kali yg ke2 & ke3 sempena pemergian Allahyarham Ismail Abd Rahman.

10 Jun 09 (8.30 malam)
Peperiksaan Faraid setelah selesainya daurah faraid pada musim lalu, peperiksaan ini terpaksa di buat sebelum bermulanya peperiksaan Jamiah Ulum kerana AF ust Syazali Herman akan pulang ke Malaysia pada 24 Jun ini kerana beliau telahpun menamatkan pengajiaannya di Jamiah al-Iman.

11 Jun 09
Program Semalam Bersama Saudara Kita yg dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah dan Akademik berlangsung di Wahah Zaitun. Ahli panel pada malam ini adalah Ust Jais b Abdullah dari Malaysia dan Saudara Huzaifah dari Jerman. Program ini mengisahkan pengalaman mereka berdua sebelum dan selepas memeluk agama Islam.

12 Jun 09
Aku pergi makan nasi lemak di PERMAYA dgn Hamzi sebelum aku edit blog aku ni, pening punya pasal....macam ni la jadinya..haha

13 Jun 09
Aku akan tempuhi peperiksaan akhir (final exam bak kata orang putih) Jamiah Ulum.
Akan bermula dengan pelajaran Nahu dan akan berakhir dengan pelajaran Ulum Quran pada 27 Jun 09. Doakan aku berjaya ya.. Ameen

No comments:

Post a Comment

Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)