Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) adalah satu bidang yang penting yang harus dikuasai dan
diharungi agar kita tidak ketinggalan terutama dalam mencapai Wawasan 2020 yang
salah satu daripadanya iaitu cabaran keenam untuk mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan
ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Cabaran ini juga berkaitrapat dengan cabaran mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental. Ini selari dengan perkembangan ICT terkini
yang semuanya dipengaruhi oleh konsep K-iaitu Knowledge yang memberi fokus baru
kepada maklumat, teknologi dan pembelajaran di dalam bidang-bidang tertentu
seperti bidang ekonomi :K-Economy, bidang pembangunan modal insan :K-Workers
dan dalam bidang pengurusan :K-Management.
Teknologi ini sudah
telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh
menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.
Negara yang tidak mengutamakan
ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung.
Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat
dan negara.
Sesuatu perkara yang
dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan.
Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan
kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam
meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.
Segala urusan baik
kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini
bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat
sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.
Pentadbiran negara dan
swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat
mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya,
kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Bertitik tolak dari
sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor
Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya.
Sudah tiba masanya
untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC
memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia.
Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta,
perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara
Malaysia.
Sumber :
Portal Rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Web Flashkit Academy
No comments:
Post a Comment
Sememangnya komen,nasihat serta pandangan di perlukan.
Terima kasih kpd sesiapa yg komen...
Time kasih daun keladi..
Post nanti komen lagi.. =)