Teknologi di era
globalisasi telah mengalami kemajuan yang seragam dengan media komunikasi
bersaing untuk memberikan informasi tanpa batasan. Dunia kini telah dan sedang
berubah dalam proses revolusi informasi dan komunikasi yang melahirkan peradaban
baru sehingga mempermudah manusia untuk saling berhubungan serta meningkatkan
sistem sosial.
Antara kebaikan media
baru ialah dapat memudahkan komunikasi antarasatu sama lain. Seseorang pelajar
mampu untuk berhubung dengan rakan pelajarnya yang lain dengan mudah melalui
media baru. Sebagai contoh, e-mel, Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat,
Nimbuzz, Fring, Skype, Gravity dan sebagainya. Ia merupakan antara perkhidmatan internet yang
boleh diguna pakai dengan meluas. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara
satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet.
Begitulah juga halnya
dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat
dunia pada hari ini terutama golongan remaja. Facebook adalah sebuah laman web
sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah
yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara
semakin luas. Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat
termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia. Contohnya,Sasterawan Negara Datuk A. Samat Said dan Perdana Menteri Dato’Seri
Najib pun mempunyai Facebook dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai
Facebook.
Penggunaan Facebook
juga boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah
pengguna juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara
teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di tempat kerja akan
lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh,
menambh kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab
peminat, berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, kita perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya agar teknologi
ini tidak menjadi salah satu masalah kepada negara. Selain itu juga, kita perlu
bijak dalam menggunakan teknologi media baru ini dalam pembahagian masa agar
ianya tidak merugikan kita. Terutamanya kepada para pelajar dan penuntut di
Universiti. Sebagai seorang yang berpelajaran, kita perlu bijak menilai mana
baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu, gunakanlah akal dalam
penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.