Thursday, December 17, 2009
hai semua!!
Tuesday, December 1, 2009
kenyataan ape ni???
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Nik Aziz tidak akan tunduk kepada desakan supaya meletakkan jawatan.Beliau berkata:
"Beliau membuat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama, sebab itu saya kata lagi lama beliau memerintah lagi bagus kerana lagi banyak perkara yang dilakukkannya akan mencerminkan sikap sebenar pemimpin Pas," katanya selepas merasmikan loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini hari ini.
apala bodoh sangat.......ada asas ke cakap mcm tu???
firstly,sori kepada peminat n penyokong UMNO bersatu...
pada aku,UMNO atau PAS bukan pilihan dihati...tapi...tuduhan yang ini macam...serupa itu beruk dapat pisang dari kedai perhiasan ow...sesuka ati je ambil n nak makan tapi takde ape yang boleh dirasa melainkan plastik, plastik dan plastik... hmmm
malas nak ambil pot la...korg pikiaq la sendirik !!!
rujukan:Berita Harian 1 dec 2009.
Tuesday, November 24, 2009
إستمرّ (teruskanlah)
Wednesday, November 11, 2009
ayat-ayat cinta
AYAT-AYAT CINTA
senang cerita,gua respect la sama mamat ni.
Keluaran filem 2007.
Hanung Bramantyo.
Kisah cinta yang diadaptasi dari novel.
Kisah cinta yang memang cinta semata-mata.
Menonjolkan masalah poligami dalam dunia,bukan dalam islam.
Cerita yang diulas macam g@^^?n& dan h@?@^^
Senang cerita….X BEST LANGSUNG..
Sapa la yang cakap filem ni best??? Xde perasaan ke ape???
Cerita macam bodoh,agak2 la nak buat cerita box ofis pun…kalau aku jadi Habiburrahman,aku bunuh terus je mamat tu..biar aku masuk jail cm Fahri…hahaha
*apsal aku mencetuskan pesoalan yg dah bertaun taun lamanya ni?? sebab aku tak puas hati tol sapa-sapa ckp filem ni best...layan la ape la....ish
Monday, November 9, 2009
tak tau
.
.
the times - tak tau
.
Sukar bagiku menilai kamu
Dalam barismu ada syurga
Mestikah aku membenci kamu
Peribadimu ku percaya
Putus asa hilang kawalannya
Putus asa apakah puncanya?
Sukar bagimu menilaikan ku
Baris laguku ada makna
Mestikah kamu mendustaiku
Teman baikmu selamanya
Putus asa hilang kawalannya
Putus asa apakah puncanya?
Putus asa hilang kawalangnya
Monday, November 2, 2009
ingat tak masa kecik dulu?
.
budak2 yg lahir pd thn 80-an atau awal 90-an mesti
ingat mase skolah rendah dulu:
-kat skolah ada salesman jual buku cerita.
ari ni bg list,esok kutip duit..beli je walaupun
cerita buku tu dah tau..
- kat library,budak-budak mmg membaca buku
tapi cuma tengok gambar je.Bila ada program Nilam,
sibok semua nak pinjam buku.
- RMT kt sekolah makan tak best pun,
tapi yang berduit pun join RMT jugak.
x paham...
- pakai pensil box yang boleh bukak depan belakang,
pastu ade sharpener kt tengah-tengah tu.
- main lawan pemadam, sayang sangat
nak guna untuk pada,padahal mmg fungsi
dia untuk memadam pun.
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dalam
ada air pastu ada bende yg berkilat dalam
air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning panjag,
ada pemegang kat tengah-tengah tu tp
tak pernah tengok cikgu pegang kat situ pun.
- bulu ayam jadi ramping sebab sering
dijadikan rotan.
- time pendidikan seni,semua boleh lukis,
tp bila nak kaler semua hampeh,
ada jgk buat anyaman kertas warna,
kolaj la ape la
- main game 2D, super contra, super mario,
street fighter, semua pakai tape.
- jam tangan Boy London jadi idaman,
boleh tukar-tukar kaler mgikut
suhu & cuaca.
-takut BCG tp lepas inject poyo
la pulak...
balik sekolah beli JoJo xpun Dendang,
Tora pun best jugak. Beli semata-mata nak
mainan, coklat tak makan pun..
- kasut berlampu kat tapak,
yang iklan dia kat TV boleh tembak alien tu.
- Siri kartun :
ultraman, transformers , ninja turtles
thundercat, maskman., gaban, doraemon
n macam-macam lagi.
zaman skrg budak2
x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~
cerita la kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende
nih...
hehehee..
Wednesday, October 21, 2009
Harta dari Malaysia
kawan-kawan aku yang bercuti di Malaysia telah pulang ke Yaman.
Di samping itu,ade la buah-buah tangan untuk aku dari keluarga aku kan..
so..ni la dia...
aku punye sepesen macam dalam gambar
tp kengan panjang..hehe
korang yang baca blog aku ni, takde rasa nak bagi aku ape-ape ke di musim akan datang???hehe
Monday, October 12, 2009
Dah mula kelas !!!
Kelas dah mula..
itula tajuk post aku rini,bukan nak tulis pasal kelas ataupun masalah yang ada,
cuma nak kongsi dengan korang jadual untuk semester ini..
cekidaud !!!
Aqidah 1
Thaqofah Islamiah
Nahu & Sorof
Tafsir 1
Ahkam Muamalat
Bahasa Arab 2
Itulah serba sedikit cerita hari ini pasal subjek yang ada pada ketika ini..hahaha
Friday, October 9, 2009
masuk kelas
saat tetap berganda..
hari bersilih ganti..
sedar tak sedar
semakin hampir kita dengan mati..
Aku bukan nak sembang pasal mati ataupun kemanusiaan tapi relitinya kelas aku dah bukak pada hari ini !!!
Dr. Ali Asyi membuka bicara dengan lafaz Bismillah dan teruskan kalimah-kalimah yang menyemangatkan kitorang.Nasib baik harini pagi tadi belum ada kelas formal.kedatangan pun dia tak ambik lagi. Walau apa-apapun,aku kene berusaha lebih gigih dalam menjalani semester baru ini. Tahun 2 adalah tahun yang agak mencabar kredibiliti aku sebagai seorang pelajar.. so,ape nak buat kan,awal-awal tadi Dr. Ali Asyi dah suruh buat bahas..huhu
Tuesday, October 6, 2009
bakar bakar???..bestnye !!!
Dalam sedar tak sedar lebih setengah bulan kita berada dalam bulan Syawal...
so..nak pendekkan cerita,baru-baru ni..Farid aka Pengarah program utk BBQ sempena menyambut kedatangan kelas yang xlama lagi..hehehe..ni la gmbar2 yang ade...
xjemput ramai pun..sikit2 je..kecil kecilan..
cerita pasal rendangku...nanti-nanti la ye..sori la bro..xde mase sgt la..haha
Thursday, October 1, 2009
selamat hari raya ayah bonda
Monday, September 28, 2009
seminggu berhari raya
kunjung mengungjung rumah terbuka,
jalinkan kasih sesama kita
lupakan saja sengketa lama"
akan aku ceritakan apakan y terjadi ketika seminggu berhari raya...nak tau x??
raya pertama : rumah terbuka PERMAYA
raya ke 2 : kerumah Awi
raya ke 3 n ke 4 : open house rumah sendirik..heheh
raya ke 5 : rumah Duta
raya ke 6: rumah Fadhli (pali padil)
raya ke 7 : kat rumah je ...
Sunday, September 13, 2009
kejadian 11 sept
Dalam sedar tak sedar kita telahpun melewati tarikh 11 September 2009, ini bermakna telah 8 tahun berlalunya peristiwa keruntuhan W.T.C . Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui perkara sebenar tentang kejadian tersebut, hanya mendapat berita dari television semata-mata tanpa mengkaji dengan lebih lanjut sebab runtuhnya banggunan kebanggaan itu.
.
Dengan ini saya ingin berkongsi maklumat dengan sesiapa yang masih belum mengetahui tentang kewujudan DVD Loose Change Second Edition ( LC2E ) yang dikeluarkan pada tahun 2005 daripada seorang remaja yang usianya pada ketika itubarulah 21 tahun yang bernama Dylan Avery. Dia dan rakan-rakannya yang telah bertungkus-lumus mengkaji dan terus mengkaji selama 3 tahun sehingga ia dapat menerbitkan DVD ini untuk membuka minda seluruh warga dunia dan khususnya Amerika.
- Ia bukanlah menceritakan punca-punca kejadian ini tetapi ia telah membongkar rahsia bagaimana palsunya tuduhan Presiden Amerika terhadap umat Islam.
- Susunan perancangan untuk merobohkan banggunan ini juga dapat dikenal pasti apabila hujah-hujah yang dikeluarkan Dylan amat logik.
- Hujah-hujah yang diberikan juga disertakan bukti-bukti yang pasti akan menarik minat sesiapa yang melihatnya.
- DVD ini juga membentangkan kajian tentang Pentegon yang diserang.
“ This is the best damn 9-11 documentary out there.“
- Dave VonKliest, Producer of ‘In Plane Site’
- William Lewis, Director of ‘In Plane Site’
- Jeff Rense. ( http://www.rense.com/ )
- Alex Jones. ( http://www.prisonplanet.com/ )
Macam mana nak cari DVD ni??? Korang piker la sendiri…hahaha
LOOSE CHANGE 2ND EDITION
Wednesday, September 9, 2009
hari ini
Saturday, September 5, 2009
maghfirah Ramadhan
kepada pengungjung blog ni..
amik la poster ni sebagai kenangan k..
bersempena pertengahan bulan mulia ini
marilah kita meminta 'maghfirah' (keampunan) kpd y Maha Esa
-ia masjid perdana menteri Yemen ini..
-masjid ini sempurna dibina pada tahun lepas..
Monday, August 24, 2009
apa itu Ramadhan
Ramadhan adalah satu hadiah,anugerah dan pemberian dari Tuhan semesta alam kepada hamba-hambanya.
Bulan Ramadhan jua diturunkan al-Quran ke Langit dunia dari Baitul I’zzah pada lailatul qadar secara sekaligus sebelum malaikat Jibril menghantar al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. beransur-ansur.
“Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) ini
Ramadhan telah di bahagikan kepada 3 bahagian oleh Rasullullah S.A.W. iaitu yang di awalnya rahmat,di tengahnya keampunan dan di akhirnya terlepas dari api neraka.
Bulan Ramadhan juga diberikan peluang agar kita mencari sebanyak-banyaknya pahala. Ini terbukti apabila Allah taala memberikan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar.
Al-quran adalah bukti dan penunjuk jalan kehidupan di dunia yang telah diturunkan oleh Allah kepada pesuruh dan kekasihNya Muhammad S.A.W.
Semoga kita semua menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut segala arahanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN !!!
Rujukan :
Tafsir pimpinan ar-Rahman
Mabahith fi ulumul Quran karangan Manna’ Qattan
Monday, August 17, 2009
Puluhan Tewas dalam Perang di Yaman
Mahkamah Komite Keamanan Yaman berkata: “Negara akan menyerang kelompok ini … dengan tinju besi sampai mereka menyerahkan diri ke pengadilan.”
sumber: en.Husien (fs)/mediaumat.com
Thursday, August 13, 2009
ust Asri meninngal dunia
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.